Monday, June 16, 2008

Sham (ahli fikir) Bercerai?


Sham yang ditemui baru-baru ini, enggan mendedahkan punca perceraian dengan bekas isteri. Katanya, biarlah ia menjadi rahsia hidup mereka. Malah bagi menghormati bekas isterinya yang kini sudah berkahwin lain, namanya turut tidak didedahkan. Walau kecewa dengan peristiwa sedih itu, namun jelas penyanyi dan komposer berbakat ini, setiap perkara berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.Mujur hasil perkahwinan singkat itu dia dikurniakan per mata hati tunggal, Eizlan Ilyas Fansuri, lima tahun yang kini menjadi tempat menghilangkan segala kesunyian.“Dialah tempat saya mencurahkan segalanya. Kasih sayang, belaian mahupun hidup hanya untuk Eizlan. Sekarang ini pun saya bekerja keras untuknya,” katanya sambil sibuk melayani kerenah putera hatinya.Bercerita lanjut jelas Sham, apabila tidak bersekolah Eizlan yang kini menetap bersama ibunya di Singapura akan datang ke Kuala Lumpur dan menghabiskan masa bersama.“Memang sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Dulu jika di Singapura saya tidak berasa begini kerana kami kerap bersama. Saya dan bekas isteri tinggal berdekatan. “Bagaimanapun apabila berjauhan dia di Singapura dan saya di Kuala Lumpur terasa rindu amat sangat. Seperti dua minggu ini dia tinggal bersama saya di Kuala Lumpur kerana cuti sekolah.

No comments: