Friday, June 27, 2008

Baizura kerja dengan syarikat pengiklanan

Sejak membintangi filem Cinta digandingkan dengan Que Haidar, kerjaya seni Baizura terus memacu laju. Walau baru dua tahun serius sebagai pelakon, dia sudah membintangi tiga filem termasuk Sepi yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.Saat orang memperkatakan lakonannya cukup memberangsangkan sebagai "Imaan" dalam Sepi, nama Baizura tiba-tiba panas gara-gara kegagalannya hadir di majlis prebiu filem itu baru-baru ini. Bukan itu saja, setiap panggilan telefon wakil media untuk menemubualnya mengenai filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) itu tidak pernah berjawab.Tindakan Baizura itu membuatkan cerita kontroversi membabitkan dirinya berpanjangan. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan, Universiti Malaya itu dikatakan sengaja meminggirkan diri kerana mahu menarik diri daripada dunia seni secara perlahan-lahan.Tindakan itu dibuat kerana tunangnya tidak membenarkan, dan dalam waktu sama keluarganya sendiri tidak berapa setuju dengan kerjaya yang dipilih.Ditemui di majlis tayangan gala filem Sepi baru-baru ini, Baizura tampil menjelaskan kedudukan sebenar sekali gus menafikan cerita yang sedang hangat diperkatakan mengenai dirinya.“Secara jujurnya saya belum bertunang apatah lagi merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat. Namun tidak dinafikan hati saya sudah dimiliki,” katanya sambil memohon maaf sekiranya tindakannya sebelum ini menimbulkan masalah kepada ramai pihak. Bercerita lanjut katanya, antara sebab dia tidak dapat melayani media atau hadir majlis prebiu kerana dia kini sudah bekerja tetap di syarikat pengiklanan terkemuka di ibu kota.“Saya mula bekerja sejak awal tahun ini dan sebagai orang baru sudah tentu saya kena berusaha keras untuk mem buktikan kepada majikan yang saya mampu melaksanakan tugas dengan baik. Atas alasan itu saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja.“Dalam waktu sama ada beberapa akaun pelanggan yang perlu saya jaga, dan banyak acara sudah diatur untuk mereka. Waktu kerja juga panjang sehingga mengambil masa sehari suntuk. “Sebelum ini saya perlu melaksanakan segala aktiviti promosi untuk Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan ia sangat menuntut perhatian penuh. Saya langsung tidak dapat melakukan perkara lain dan harus bekerja siang dan malam.

No comments: