Monday, June 16, 2008

"LANA" watak gedik menjadi

Sebelum ini, penonton drama tempatan mengenali Lana menerusi drama Dunia Baru, menampilkan lakonannya sebagai pelajar kolej yang ‘gedik’ dan mengada-ngada.Sebagai pendatang baru sedang mencipta nama, Lana tidak mampu untuk bersikap memilih. Baginya, seorang pelakon seharusnya melaksanakan tugas menghidupkan watak di berikan dan apa yang dimahukan pengarah. “Kalau ikutkan hati, saya mahu melakonkan watak komedi. Saya tidak menafikan raut wajah agak serius dan garang membuatkan penerbit mahupun pengarah berpendapat saya lebih sesuai membawakan watak jahat. Sebaliknya, kalau orang kenal, saya ini kelakar dan suka ketawa,” .Pembabitan Lana dalam bidang lakonan bermula empat tahun lalu apabila dipelawa pengarah Jurey Latiff mem bintangi drama, Aku Jua Perlu Cinta bergandingan dengan Rusdy Ramli dan Allahyarham Ismail Din.“Sebelum itu, saya bertugas sebagai pramugari dan pada waktu sama mengenali beberapa teman yang terbabit dalam industri penerbitan. “Mereka beberapa kali memaksa saya berlakon tetapi saya malu. Bagaimanapun, apabila sering kali didesak akhirnya saya mengalah. Tidak sangka percubaan pertama sewaktu membintangi drama Aku Jua Perlu Cinta ‘membuahkan’ minat.“Melihat kembali lakonan di televisyen, saya jadi seronok, lebih-lebih lagi apabila ada yang memuji dan berkata, saya ada bakat. Sejak itu, saya tidak lagi menoleh ke belakang dan terus aktif sehingga kini,” katanya.Lana menambah, dia beruntung apabila pertama kali berlakon digandingkan dengan pelakon berpengalaman, jadi banyak tunjuk ajar diberikan mereka sehingga membolehkan dia membawakan watak dengan baik.

No comments: